Anugerah kebesaran Ion Antonescu

Antonescu menerima beberapa anugerah dan pingat bintang disepanjang kerjaya tenteranya, yang paling ketara ialah Darjah Michael the Brave, yang mana secara peribadi dikurniakan kepadanya oleh Raja Ferdinand I semasa Perang Hungary–Romania tahun 1919.[1] Beliau juga menerima beberapa pingat dan bintang daripada negara asing. Beliau merupakan orang Romania pertama menerima Knight Cross of the Iron Cross, yang dikurniakan sendiri oleh Hitler.[2]

Anugerah pingat bintangNegaraTarikhTempatNotaRuj
Medal of Military Virtue (Kelas 1 warna Emas) Romania1913Dobruja SelatanPingat tentera tertinggi Romania pada waktu itu. Hanya diterima seorang lagi pegawai tentera darat semasa Perang Balkan Kedua.[3]
Darjah Michael the Brave (Kelas 1, 2, dan 3) Romania1919Sungai Tisza, HungaryPingat tentera tertinggi Romania. Selepas menyeberangi Sungai Tisza, Raja Ferdinand mengambil Darjah Michael the Brave dari pakaian seragamnya sendiri dan mengurniakan ia pada Antonescu, sambil berkata "Antonescu, tiada siapa di negara ini yang lebih tahu daripada Raja berapa banyak yang mereka terhutang budi dengan anda."[1][4]
Lencana Emas Juruterbang Pemerhati bertahkta Berlian JermanJun 1941Dikurniakan untuk menghargai kejayaan yang luar biasa, disampaikan pada Antonescu oleh Reichsmarschall Hermann Göring.[4]
Iron Cross (Kelas 1 dan 2) Jerman6 Ogos 1941BerdychivDianugerahkan kerana keberanian dalam peperangan serta sumbangan tentera yang lain dalam persekitaran medan perang.[2]
Knight Cross of the Iron Cross Jerman6 Ogos 1941BerdychivSecara prinsipnya adalah anugerah tertinggi Jerman yang mengiktiraf keberanian medan perang yang luar biasa atau kepimpinan ketenteraan yang berjaya semasa Perang Dunia II. Orang Romania pertama menerima anugerah itu.[2]
Grand Cross of the White Rose of Finland with Swords FinlandJanuari 1942BucharestSalah satu daripada tiga darjah tertinggi negara Finland, dizahirkan pada tahun 1919 oleh Carl Gustaf Emil Mannerheim.[5]